Dr Hasseenah Hassan (MD USM )



Certificate Course in Dermatology (AFPM)



Diplomate American Academy of Restorative and Aesthetic Medicine (AARAM)





Dr Hasseenah Hassan

Dr Hasseenah Hassan

Thursday, 8 July 2010

Jerawat & Perasaan

Jom kita berbincang tentang jerawat.

Bagi setengah orang, jerawat 'memalukan', jerawat ' menyusahkan', jerawat 'agony!' dan macam - macam lagi perasaan yang dialami oleh mereka yang menghidapi jerawat. Walau bagaimana macho atau cool pun seseorang itu, Dr tau bagaimana jerawat memberi kesan kepada setiap individu yang mengalaminya. Mereka akan merasa rendah diri, rasa diperhatikan - hmm...mamat ni dok kira jerawat kat muka saya la tu.. dan of course, rasa tension dengan jerawat yang tumbuh bagai cendawan ( cepatnya...) dan parut yang tinggal selepas jerawat naik, sedangkan more and more jerawat dok keluar lagi. Aarrggghh...

Well...anda yang mengalami jerawat, please, feel free to express your feelings about jerawat in this posting.

Tuesday, 6 July 2010

Intro.

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan,
Seperti yang tertera diatas, saya Dr Hasseenah Hassan . Sekarang mempunyai klinik di Shah Alam , Selangor.
GP (general practitionner) dah hampir 20 tahun. So, boleh agak la umur saya berapa kan? Setelah hampir 15 tahun dalam bidang GP ni, saya jumpa banyak kes jerawat. Lalu timbul minat untuk 'specialise' dalam penyakit jerawat ni. Dalam kata lain, 'mendalami' la. Pada pemerhatian saya, jerawat sebenarnya boleh dikawal dan ada ubatnya. Kerap kali kita dengar dari kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa saja, 'jerawat ni is just a phase that you have to go through, Alah...semua orang pun ada jerawat, nanti baik sendiri la tu.., keturunan kita memang semuanya jerawat, sabar je ler...' dan macam-macam lagi. Niat mereka baik. Nak menenangkan kita.
Pada hakikatnya, jerawat adalah sejenis penyakit yang boleh dikawal dengan caranya yang tersendiri. Seperti juga kita mengawal penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Jerawat boleh di kawal. Jerawat boleh di ubati . JERAWAT PERLU DIKAWAL DAN DIUBATI.
So, tujuan saya buka blog ni adalah supaya setiap individu dapat berbincang dan memberi pendapat mereka tentang jerawat. Sesiapa saja boleh komen . But of course, mind your manners and watch your languange. Kita berbincang secara profesional dan dengan tujuan untuk membantu sesama sendiri.
It will be great jika blog ini boleh membantu mengubah kehidupan seseorang. That would be my goal and mission. To change people's life for the better!
InsyaAllah saya akan update blog ini dari masa ke semasa. If any of you ada any questions, please forward it to my email.